Are u ready?? UPSR 2011

Salam motivasi kepada semua, esok pada tanggal 13 September 2011 (tak sampai 10 jam lagi dari tarikh update blog ini) merupakan hari yang penuh debaran kepada calon-calon peperiksaan UPSR atau dikenali nama panjangnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang berdebo-debo sampai tak boleh tido tu bukan murid-murid je tapi mak bapak yang lebih merisaukan keadaan anak yang nak menduduki peperiksaan ini esok. Justeru, sudah pasti anak-anak murid ini telah bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritualnya. Confident perlu tapi jangan terlebih confident takut-takut jadi stress pula. Disini saya ingin kongsikan sedikit tip-tip akhir yang boleh diguna pakai insya Allah:

Tips Kepada Calon UPSR 2011:
Jaga Kesihatan Anda
Murid-murid sekalian perlu pastikan waktu tidur dijaga dengan baik sepanjang peperiksaan ini tidak digalakkan untuk tidur lewat semata-mata untuk mengulangkaji, hal ini kerana badan anda perlukan rehat yang cukup... dengan badan yang cukup cergas akan menjana minda yang cemerlang so...ibu bapa boleh mengingatkan mereka tentang perkara ini walaupun nampak remeh. Sebelum tidur, niatkan dalam hati semoga dapat menjawab kertas peperiksaan yang akan diduduki esok (cakap dalam hati jangan cakap kuat-kuat nanti terkejut jiran sebelah hehe) Menurut Dato' Dr Fadhillah Kamsah dengan berniat di dalam hati ia boleh membantu membina keyakinan dalam mencapai impian iaitu berjaya dalam peperiksaan. 

Mohon Restu Ibu Bapa 
Dah tentu murid-murid sekalian dihantar oleh ibu bapa / penjaga ke sekolah kan? walaupun ada yang naik basikal tapi tentu ibu @ bapa anda menemani sampai pintu pagar (itu dah kira hantar la juga) mohon maaf pada kedua ibu bapa dan mintalah mereka mendoakan kejayaan anda (tips ini saya guna pakai sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah pada 2008, Alhamdulillah,masa di U saya guna telefon awam je lagi untuk minta restu) Dengan kata-kata semangat dari ibu bapa itu menjadi pembakar semangat untuk berusaha yang terbaik dalam peperiksaan yang akan diduduki.

Di dalam Dewan Peperiksaan 
Ketika hendak masuk ke dalam dewan sentiasalah berdoa agar dipermudahkan urusan menjawab kertas peperiksaan yang bakal dilalui.(Mestilah anda telah berusaha mengulangkaji sebelum hari peperiksaan bukan sekadar doa sahaja ya) Masuk sahaja ke dalam dewan duduklah dengan cermat dan tertib di meja yang disediakan. Ambil masa untuk BERTENANG ketika Ketua Pengawas Peperiksaan membacakan taklimat peperiksaaan. Setelah kertas soalan diedarkan SEMAK DAHULU kertas soalan yang diberikan agar betul dengan subjek yang diduduki pada hari tersebut. SET MASA MENJAWAB ini membantu anak-anak murid agar tidak kelam kabut dan stressss ketika menjawab. Mulakan dengan Bismillah dan jawablah dengan yakin berdasarkan ilmu yang telah diajar oleh para guru. Jawab soalan yang mudah dahulu dan tandakan soalan yang sukar agar anda tidak terlalu membuang masa berfikir untuk menjawab soalan yang sukar itu tadi. Diingatkan juga anak-anak murid sekalian perlu berhati-hati dengan soalan MUDAH kerana ia boleh memerangkap anda jadi perlu teliti ketika menjawab. Setelah selesai menjawab sebelum kertas dikutip WAJIB SEMAK ingat SEMAK ulang sekali lagi S.E.M.A.K jawapan yang anda telah tanda. Setelah selesai bertawakallah kepada Allah agar anda telah laksankan urusan itu dengan baik.

Hormati Guru & Guru Pengawas Peperiksaan
Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai hubungan yang baik dalam kalangan guru yang mengajarnya jadi hormatilah mereka seadanya. Di samping itu, ucapkanlah salam kepada guru-guru pengawas peperiksaan yang bertugas. Ingat...dengan menghormati guru banyak kelebihannya..betul saya tak tipu...kalau tak percaya dengar ucapan pelajar-pelajar cemerlang yang lepas tentu mereka akan masukkan jawapan bantuan guru dan hormati guru penyumbang besar kepada kecemerlangan mereka.

Jaga Hubungan Dengan A.IbG.R
Jaga hubungan dengan ALLAH-melalui ibadah yang dilakukan, perbanyakkan berdoa dan bertawakal
Jaga hubungan dengan Ibu bapa/ Guru-Hormati mereka, doakan mereka dan patuh akan nasihat mereka
Jaga hubungan dengan rakan-Jaga tutur kata dan perasaan rakan-rakan dan orang lain jadilah orang yang disayangi daripada orang yang dibenci

Cukup sekadar tips ringkas ini daripada saya, semoga murid-murid calon UPSR 2011 mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Ingat yang CEMERLANG adalah ANDA dan jika GAGAL juga adalah ANDA bukan orang lain. KEJAYAAN teletak kepada USAHA ANDA SENDIRI bukan orang lain. Semoga Berjaya!!!



No comments

Powered by Blogger.