Sambungan Membina Motivasi Diri II

Keenam: Berkongsi Dengan Seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat tatkala anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana-suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seseorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.Seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keadaan demikian tetapi tidak jika dia bernama sahabat. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat-nasihatnya yang bak mutiara itu. Pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga. Jika berlaku perselisihan segeralah untuk berbincang dan saling memaafkan..


Ketujuh: Tingkatkan Amal Ibadah

Em..bila anda tingkatkan amal ibadah ia secara tidak langsung boleh membina motivasi diri.Contohnya, membaca al-quran (bukan sekadar baca ya tapi fahamkan maknanya), solat wajib of course la kena buat ditambah dengan bonus solat sunat, kalau boleh rajin-rajinkanlah solat berjemaah kerana fadhilatnya sangat besar... kalau anda yang diusia remaja dah mula solat berjemaah insya Allah anda akan jadi muslim @ muslimah yang hebat kelak..


Kelapan: Bersedia Untuk Berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk TUHAN yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan tertentu.

Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh-noleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguh pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar-benar ada kesediaan untuk melakukan perubahan. Semuanya saling berkait-kait dan bertimbal-balik.




Kesembilan: Cari Hobi Baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Kalau perkataan lain, setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya. Kalau dulu sewaktu kecil kita sangat suka bermain bolasepak, sekarang tidak lagi. Mungkin sewaktu di universiti kita cukup gemar berpersatuan, sekarang tidak lagi. Mungkin juga sewaktu remaja kita galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada, berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga. Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan usia kita. Apabila sampai pada penghujung hayat, kita akan meninggalkan alam ini.

Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat apakah hobi baru ini boleh memberi ketenangan kepada anda.


Terakhir: Bertegaslah (Asertif Diri)

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.

Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayani tetamu. Pergi makan di tempat-tempat mewah dan berikan hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu cara menghargai diri anda sendiri dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Hormat Diri Tinggi. Lawan bagi sifat ini ialah HDR iaitu Hormat Diri Rendah.( Nak Ke Tak Nak: HM Tuah)

Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain? Nah, sekarang bukankah masanya untuk bertindak sesuatu? Semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Insya Allah..

No comments

Powered by Blogger.