Cerita minggu ini..

Salam motivasi kepada semua, harap-harap semua sihat sejahtera, saya rasa gembira sekali minggu ini (bukan sebab kena jaga periksa PMR ya) sebab berjumpa dengan ex-student Tok Lela, pejam celik pejam celik mereka dah masuk tingkatan 6 atas fuhhh dah jadi anak teruna hensem dan dara cantik lagi. Perangai tetap sama dieorang ini siap buat lambaian mesra lagi bila berjumpa ucapan salam dah tentu keluar dari mulut mereka... Hal ini membuatkan cikgu lagi bermotivasi untuk melaksanakan amanah sebagai seorang kaunselor. Ingatan cikgu kepada mereka dah tentulah persediaan menghadapi STPM yang cuma tinggal 44 hari jeh lagi. Selain itu hala tuju selepas STPM la...ingat bukan setakat 5A yang ditarget tapi juga apakah pilihan anda selepas ini. Cikgu teringatkan ingatan Tn Syed Roshidon kepada pelajar2 tok lela minggu lalu ' terdapat 3 kerjaya yang kritikal bagi orang2 Melayu iaitu: Doktor, Peguam dan Designer...
Semoga anak-anak murid cikgu buat pilihan yang betul jumpalah kaunselor anda untuk maklumat lanjut seperti Program Sahsiah Insan Cemerlang (PSICER) ada modul kerjaya lagi. Selain itu, dapatkan bimbingan kerjaya agar anda tidak tersalah pilih... Semoga berjaya :) 

No comments

Powered by Blogger.