Ketenangan

Salam motivasi kepada semua, hari ini saya ingin berkongsi tentang istilah KETENANGAN..tips ini berguna kepada calon-calon peperiksaan. Kenapa saya kaitkan dengan peperiksaan sebab memang pernah berlaku kepada calon peperiksaan yang terlalu 'gabra' bila menjawab. Bila dah gelabah soalan yang sukar pun akan jadi sukar. Jadi sangat penting untuk anda TENANG ketika menjawab soalan tersebut. Bagaimana caranya ya? Pertama: Masuk ke dalam dewan terus duduk dengan tenang sambil berselawat (masa ini kompem lah anda dah USAHA sehabis mungkin ya)


Kedua: Dapat je kertas soalan jangan buka sehingga diberitahu, SEMAK kertas soalan itu pastikan betul. Ketika diminta semak cuba elakkan dari CUBA MENJAWAB walaupun ada soalan yang menarik perhatian anda.


Ketiga: Sebelum mula menjawab bacalah doa-doa permudah urusan seperti surah alamnashrahlaqasadraq...., rabbanalatuziqulubanabadaizhadaitanawahablanamiladulkarahmah innakaltalwahab..Disini ada saya serta doa pilihan:-




Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Keempat: Jawablah dengan TERTIB - Anda semua diingatkan agar berhati-hati ketika menjawab soalan supaya tidak berlaku kecuaian ketika menjawab. 


Kelima: Setelah seleasai menjawab BERTAWAKAL kepada Yang Maha Esa. Moga2 apa yang telah anda usahakan selama ini diterjemahkan dengan KEJAYAAN Insya Allah.


Semoga Anda Berjaya!!

No comments

Powered by Blogger.