Latar Belakang Sekolah



SEJARAH SEKOLAH

Bermula pada tahun 1965 dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kampung Gajah. Pada 20 September 1976 sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak dan nama sekolah dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Seri Maharaja Lela mengambil sempena gelaran Orang Besar Besar Berlapan yang menjadi Penghulu di Pasir Salak.

Seiring dengan arus perkembangan pendidikan di negara ini, sekolah ini turut menerima beberapa perubahan kearah pemantapan dan boleh menjadi sumber kekuatan sekolah, diantaranya;
• Kemudahan asrama yang boleh menampung sehingga 180 penghuni
• Dipilih untuk menawarkan Kelas Rancangan Khas bagi lepasan sekolah rendah yang layak
• Dipilih untuk menawarkan aliran agama di peringkat menengah rendah (Kelas Aliran Agama) bagi lepasan sekolah rendah yang layak
• Dipilih untuk melaksanakan program sekolah `sukan prestasi tinggi’(bola sepak) di peringkat negeri
• Di peringkat menengah atas, menawarkan dua elektif dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) iaitu Grafik Berkomputer dan Landskap & Nurseri.

Fokus sekolah dalam membentuk watak ialah dari aspek kebudayaan . Kelebihan yang dimiliki sekolah ; terdapat guru yang mahir dan berminat di bidang muzik, tenaga pengajar tempatan bagi muzik tradisional mudah diperoleh, dan murid tinggal di asrama. Pilihan sekolah : rebana/kompang dan dabus .


VISI SEKOLAH

MENJELANG TAHUN 2012
SMK DATO’ SERI MAHARAJA LELA
MENJADI SEKOLAH CONTOH
DI DAERAH PERAK TENGAH

MISI SEKOLAH

Warga SMK DSML perlu komited dan penuh iltizam terhadap pencapaian visi dengan:

• MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN
• MENGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM
• MELAHIRKAN PELAJAR YANG HEBAT DALAM KOKURIKULUM
• MEMBINA KEKUATAN INTELEKTUAL YANG MEMBENTUK JATI DIRI DAN SAHSIAH MULIA
• MEWUJUDKAN DAN MEMELIHARA KESEMPURNAAN PRASARANA SUPAYA SELAMAT, KONDUSIF DAN CERIA
• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MENGUASAI KECELIKAN DAN KECANGGIHAN ICT
• MEMBINA KEUKHWAHAN SELURUH WARGA SEKOLAH, IBUBAPA DAN KOMUNITI



Kejayaan yang pernah dicapai sepanjang LIMA Tahun

1. Terbaik SPM Negeri Perak Tahun 2007
(kategori Luar Bandar),
2. Pensijilan MS ISO 9001 : 2000 CERT No.AR 4501 SIRIM
Tahun 2008 Sistem Pengurusan Kualiti : Perkhidmatan
Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Rancangan Khas,
3. Bola Sepak (b.15): 2 murid wakil negara ke
Manchester United (Tahun 2007),
4. Puteri Islam : Wakil negara ke Thailand pada 2008 dan
wakil negeri ke peringkat Kebangsaan pada 2010.

No comments

Powered by Blogger.