Makluman Kepada Calon PMR 2011

Kepada Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012. 
Syarat-syarat Umum: 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysiaatau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

No comments

Powered by Blogger.