Kerja Oh Kerja

Salam motivasi kepada anda semua hari ni saya ingin berkongsi tentang satu artikel bertajuk 'kerja sampai mati' dengan agak menakutkan dan menimbulkan tanda tanya apa yang dimaksudkan dengan artikel ini....
KUALA LUMPUR - Kedatangan tahun baharu 2014 bukanlah suatu perkara yang menggembirakan bagi golongan pekerja di seluruh dunia yang kini berdepan dengan krisis persaraan global.
Satu tinjauan yang dibuat oleh agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) mendapati krisis persaraan global kini semakin membebankan pekerja di pelbagai peringkat umur.
Krisis tersebut menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa bekerja sehingga melebihi umur persaraan yang ditetapkan iaitu pada umur 65 hingga 70 tahun ataupun lebih.
Menurut AP, ini berikutan krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan pada tahun 2008 yang menjejaskan kedudukan sosioekonomi seluruh pekerja di dunia.
 Hal ini menunjukkan bahawa kedatangan tahun 2014 ini akan membawa sejuta pertanyaan kepada dunia kerjaya. Sudah tentu yang berkerjaya perlu mencari pendapatan untuk menanggung makan minum keluarga...manakala yang belum bekerjaya akan tertanya-tanya adakah peluang kerjaya itu akan cerah mahupun sebaliknya.
Don't ever give up


Artikel Penuh: Boleh dilayari di laman web kosmoonline

No comments

Powered by Blogger.