Berita Bernama


 




GEORGE TOWN, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 3,040,107 individu memperoleh manfaat daripada program outreach anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hasil daripada transformasi suruhanjaya itu sejak 1 Jun 2012 hingga 31 Dis 2013, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata menerusi program itu SPA dapat mengadakan karnival kerjaya perkhidmatan awam yang bertujuan memberikan panduan dan maklumat mengenai kerjaya dalam perkhidmatan awam.

"Menerusi program ini juga orang awam boleh membuat pendaftaran secara dalam talian, semakan status pendaftaran serta mengetahui tips menghadiri temu duga dalam sesi taklimat kerjaya yang disediakan secara percuma kepada pengunjung yang datang.

"Pulau Pinang merupakan programn outreach kami yang ke-20, dan ada tiga negeri lagi yang belum dikunjungi iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kami jangkakan dalam tempoh sebulan dua ini dapat habiskan seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Selain itu Mahmood berkata sepanjang tahun 2013 terdapat 2.1 juta orang membuat permohonan untuk mengisi 65,000 kekosongan jawatan, meningkat sekali ganda jika dibandingkan dengan 1.02 juta orang pada tahun 2012.

"Pada tiga minggu pertama tahun ini sebanyak 5,000 kekosongan jawatan telah berjaya diisi," katanya.
[Muatturun PERCUMA]
Senarai 30 Agensi Kerajaan yang anda boleh terjah untuk lihat peluang kerja kosong di sana. Tak perlu mohon melalui SPA. Terus saja mohon di sana. Download di laman ini
Mahmood sebelum itu menghadiri sesi interaksi SPA bersama ketua-ketua jabatan persekutuan, badan berkanun, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Pulau Pinang.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan surat tawaran lantikan/latihan kepada lima orang calon secara bersemuka bagi jawatan Jururawat Gred U29, Penolong Pegawai Farmasi gred U29, Pembantu Pembedahan Pergigian gred U17, Pembantu Kesihatan Awam gred U17 dan Pegawai Imigresen gred KP17. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.