Jawatan Kosong Di Jabatan Perhutanan Perak 2014

Jawatan Kosong Di Jabatan Perhutanan Perak Januari 2014 

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD). Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini pula terdapat beberapa Renj. Hutan.

Jawatan Kosong Di Jabatan Perhutanan Perak Januari 2014

Warganegara Malaysia yang berkelayakan di pelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti beriktu :

1. Penolong Pemelihara Hutan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Rakyat Negeri Perak;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sekurang-kurangnya Diploma Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan : Contract for Service

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan JPN 1/2014 yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Bahagian Pentadbiran) atau dimuat turun melalui laman sesawang www.perakforestry.gov.my.

Permohonan juga dikehendaki mengemukakan ‘resume’ beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (salinan sijil perlu disahkan).

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke alamat berikut :-

PENGARAH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK
PERSIARAN MERU UTAMA
BANDAR MERU RAYA
30020 IPOH
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 JANUARI 2014

Maklumat lanjut jawatan 

 

No comments

Powered by Blogger.