Jawatan Kosong di TNB 2014


 

Jawatan Kekosongan

1. JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (ELEKTRIKAL)

Maklumat Lanjut
Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa
Gred Jawatan : TT09
Bidang : Elektrikal

Gaji Tetap : RM 1,400.00 sebulan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan, di Tenaga Nasional Berhad seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan hanya terbuka kepada calon luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB dan Anak-Anak Syarikat TNB)

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web seperti di bawah :

· http://emadis.tnb.com.my/ atau
· https://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/ atau

· www.tnb.com.my >> Careers >> eMadis

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Januari 2014.

Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Encik Ahmad Hasnulfitri bin Che Kamaruddin
Tel : 03-79679000 ext 1202 E-mail : hasnulfitri.ck@tnb.com.my

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209 E-mail : mazwan.mzain@tnb.com.my

Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396 E-mail : faizulazahar@tnb.com.my

Bidang Tugas

Syarat Kelayakan
· Warganegara Malaysia
· Mempunyai Diploma atau Sijil dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang seperti berikut :

o Diploma Kejuruteraan Elektrik atau
(Minimum CGPA 2.60 bagi peringkat Diploma)

o Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil)

· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut :

o Bahasa Inggeris
o Matematik

· Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
· Tidak rabun warna.
· Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
· Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
· Boleh bekerja dalam satu pasukan.
· Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Tarikh Tutup: 30 Jan 2014

2 comments:

Powered by Blogger.