Pembinaan Matlamat

Tips Perancangan dan Pembinaan Matlamat
Petua pertama ialah, tulis di atas sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat gred A itu.
Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu bahagian dalam minda anda yang dinamakan RAS (Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluang-peluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai. Contohnya jika anda mahu gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, RAS akan membuat anda sedar tentang kawan baik anda yang pandai Bahasa Inggeris. Mungkin dia boleh menolong anda.  Mungkin juga anda akan sedar kelas tambahan Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang guru yang hebat. Selama ini anda tidak sedar kerana anda tidak pernah menulis yang anda anda mahu gred A dalam subjek ini.
Banyak perkara anda boleh tulis tetapi saya cadangkan anda tulis 3 perkara ini.
1.      Tulis semua subjek yang anda ambil dalam tahun 2014 ini dan tulis gred yang anda mahu untuk setiap subjek.
2.     Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya memang nak dapat gred A.” Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana soalan begini jarang difikirkan.)
3.     Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred tersebut.

Bersambung...

No comments

Powered by Blogger.