PERKESO 2014



PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 46 buah cawangan di seluruh Negara, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan misi dan visi PERKESO kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai :

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 25

Taraf Jawatan : Tetap dan Tidak Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gaji : Lingkungan RM7,450.00 – RM10,120.00
Elaun Sara Hidup : RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 700.00
Elaun Bantuan Kereta Rasmi : RM 1,600.00
Kekosongan : 1 Kekosongan
Tempat : Ibu Pejabat PERKESO
Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan;

iii. Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

iv. Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Occupational Medicine & Disability Assessment;

v. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan di atas atau perubatan atau tuntutan PERKESO;

vi. Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia;

Cara memohon

1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO diseluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

2. Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

3. Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 17.01.2014

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR

1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

3. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

1 comment:

Powered by Blogger.