Pembinaan Matlamat
Petua
pertama ialah, tulis di atas sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat
gred A itu.
Menulis apa
yang anda kehendaki mengaktifkan satu bahagian dalam minda anda yang dinamakan
RAS (Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini aktif, anda akan
mula sedar dan peka kepada peluang-peluang yang boleh mendekatkan anda kepada
apa yang anda hendak capai. Contohnya jika anda mahu gred A dalam subjek Bahasa
Inggeris, RAS akan membuat anda sedar tentang kawan baik anda yang pandai
Bahasa Inggeris. Mungkin dia boleh menolong anda. Mungkin juga anda akan
sedar kelas tambahan Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang guru yang hebat.
Selama ini anda tidak sedar kerana anda tidak pernah menulis yang anda anda
mahu gred A dalam subjek ini.
Banyak perkara anda boleh tulis tetapi saya
cadangkan anda tulis 3 perkara ini.
1.
Tulis semua
subjek yang anda ambil dalam tahun 2014 ini dan tulis gred yang anda mahu untuk
setiap subjek.
2.
Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred
tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya memang nak dapat gred A.” Anda perlu
perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana soalan begini jarang
difikirkan.)
3.
Tulis dalam
bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred
tersebut.
Bersambung...
Bersambung...
Post a Comment