![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tD3fO5X4qD8lhwRXrKA06bGiIZsSqoLlJHc-mZakk-4DV-2cAEMRa53U-tnB7mIcla3lglExliAnXyecuOSK21Gt3N5I3_bYU-EBzdJccWQjKUJ_wcJ8T5cM3_TOnIJuhieVV4D60-aBrLova0rC9P2zpq=s0-d) | |
Jurutera Elektronik Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan dan memberi
nasihat dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan
kejuruteraan untuk mewujud , mambangun dan menyelenggara
barangan , sistem dan komponen elektronik
|
|
|
|
| |
|
|
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 - 2,800.00
|
|
| Tahap Pendidikan
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik/Setaraf
|
|
|
Contoh Institusi
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaya
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti PUTRA Malaysia
- CIAST dan ILJTM
|
|
|
Senarai Tugas
- Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasaang sistem elektronik
- Memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut piawaian keselamatan
- Memberi
nasihat dan mengkaji cadangan reka bentuk , mendraf laporan dan
mengemukakan syor tentang reka bentuk, pembangunan dan pembuatan produk
dan sistem yang boleh dipasarkan
- Mereka bentuk
dengan menggunakan hasil penyelidikan untuk menghasilkan model produk
yang akan dibangunkan dan mengubah suai mengikut keperluan pasaran
- Membuat penyelidikan serta mereka bentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan
- Menyelia dan menyelaras kerja-kerja juruteknik dalam reka bentuk produk atau pengeluaran
- Memberi
nasihat dan mereka bentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari
papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk
barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta
komponen barangan elektronik pengguna yang lain
- Mereka bentuk,
membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan
dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian,
komputer, perubatan, hiburan dan lain-lain
|
|
| Contoh Pekerjaan Lain
- Jurutera Industri
- Juruterbang
- Penyelenggara Dandang
|
|
| Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain | | | (Informasi dari http://cic.jobsmalaysia.gov.my) |
Post a Comment