Kemahiran Mengingat


Salam motivasi kepada semua, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan kemahiran mengingat. Selamat mencuba!!


Antara penyebab gagal mengingat
q Pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik
q Tidak memberikan perhatian pengajaran guru
q Tidak minat matapelajaran tertentu walaupun ianya penting
q Tidak mempunyai persediaan mental – ada gangguan yang menyebabkan
beralih tumpuan
q Memahami sedikit sahaja apa yang diajar oleh guru
q Bertangguh untuk bertanya apabila kurang faham
q Sikap bertangguh ini akan bertambah dan menjadi beban kepada tajuk-tajuk
yang akan datang

“Penangguh Adalah Pencuri Masa” -Pepatah Klasik
:
Daya Ingatan : Lima Faktor mengingat semula

1.
Permulaan- Minda cenderung untuk mengingat kembali fakta selepas belajar -semak dan ulangkaji cepat

2. Ulangkaji- Daya ingatan terhadap fakta/isi akan menurun dengan pantas dalam masa 24 jam – Ulangkaji selalu

3. Luar biasa- Manusia lebih cenderung mengingat perkara yang luar biasa - jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan

4. Berkait- Ingatan menjadi berkesan sekiranya dikaitkan dengan analogi, mnemonic atau kata kunci

5. Akhiran- Minda juga cenderung mengingat sesuatu perkara pada akhir sesi pembelajaran. Oleh itu imbas seluruh fakta pada akhir sesi.


ISU PELAJAR BERKAITAN INGATAN DAN LUPAAN
Saya sudah membaca berulangkali tajuk yang saya jangka keluar… dan apabila skrip soalan peperiksaan saya buka ia sangat mengembirakan saya… 5 minit selepas itu apa yang saya baca dan hafaz, semuanya hilang… seolah-olah saya tidak pernah membacanya, saya panik dan gelabah, apa sebabnya pun saya tidak tahu…
(Curahan rasa Razif calon SPM 2002)
BAGAIMANA MENGEKALKAN DAYA INGATAN

CARA MENGINGAT
• Menghafaz isi yang ingin diingat.
• Menyusun isi dengan betul.
• Menentukan isi yang mahu diingat guna kaedah peta minda.
• Menguji kemampuan ingatan dengan , menyoal, menjawab.
• Melakukan ulangkaji yang kerap.

Mengingat adalah proses yang dilakukan berulang-ulang tanpa jemu. Proses ini akan melekatkan maklumat pada sel-sel otak. Ini kerana maklumat yang diterima tidak diulang semula akan hilang dalam masa 24 jam”

LANGKAH BIJAK PELAJAR CEMERLANG
ANDA HARUS SERLAHKAN KECEMERLANGAN……
BAGAIMANA CARANYA ?

PELAJAR CEMERLANG…

MERANGSANG SEMUA DERIA SEMASA PROSES PEMBELAJARAN
(AFEKTIF/KOGNITIF/PSIKOMOTOR/VISUAL/ DAN….)
KAJIAN…
l Kita ingat 10% jika kita baca
l Kita ingat 20% jika kita dengar
l Kita ingat 50% jika kita dengar dan lihat
l Kita ingat 70% jika kita sebut apa yang kita lihat & dengar
l Kita ingat 90% jika kita amal dan praktikkan

No comments

Powered by Blogger.