Minggu Terakhir PMR Yang.......

Salam motivasi kepada semua, minggu ini merupakan minggu terakhir kepada pelajar PMR untuk mengulangkaji pelajaran kerana pada minggu depan bermula pada 4 Oktober 2011 peperiksaan PMR akan bermula, masa tu tentulah segala ilmu yang telah dipelajari akan teruji. Sepertimana yang telah saya kaborkan kepada anda ingat untuk jadi pelajar cemerlang jaga tiga hubungan Hubungan Dengan Allah iaitu patuh kepada perintah Allah seperti menjaga solat dengan sempurna, kedua jaga Hubungan dengan Ibu Bapa dan Guru ingat ibu bapa merupakan orang yang perlu kita hormati kerana dialah yang membesarkan kita sehingga sekarang dengan Izin Yang Maha Esa. Dengan guru pula dah tentulah perlu anda hormati kerana mereka ini yang bersusah payah mendidik anda dengan ilmu yang dimiliki, dengan satu matlamat untuk memastikan anak bangsa ini tidak kecundang di kemudian hari.. seterusnya Hubungan dengan rakan mahupun masyarakat.  


Tidak lupa juga untuk cikgu ingatkan pada anak2 murid sekalian agar tidak mudah putus asa walaupun result percubaan PMR yang lepas tidak memuaskan kerana peperiksaan sebenar penentu segalanya, Ingat GAGAL atau CEMERLANG terletak kepada USAHA & SIKAP ANDA. Jadi buktikan bahawa anda boleh BERJAYA. Cuba anda perhati video yang disertakan ini lihat kepada USAHA YANG KUAT DARI SEORANG YANG MAHU BERJAYA. Kemanisan kejayaan itu akan lebih dirasai dengan usaha yang gigih.




Untuk pengetahuan warga Tok Lela pada Jumaat ini akan diadakan program Restu Guru. Semoga program ini berjalan lancar. Senyum2 selalu

2 comments:

  1. salam cikgu . . kalau orang lain yang tak jaga hubungan baik dengan kita macam mana ? :D

    ReplyDelete
  2. Salam natrah, terima kasih atas soalan yang dikemukan, dalam hubungan silaturahim perlu ada tolak ansur dan hormat menghormati. Sebagai contoh cuba tanya dahulu diri sendiri sama ada terdapat peristiwa yang menyebabkan perselisihan berlaku, kemudian berbicanglah anda agar dapat penyelesaian. Apa-apapun bersangka baiklah anda antara sesama Islam.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.