10 Cara Membina Motivasi Diri

Hari ini cikgu ingin berkongsi bagaimana hendak membina motivasi diri...Pernah tak tiba-tiba anda berasa tidak bermaya sekali. Hidup seperti tiada ertinya. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah.”

Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:-
Pertama: Perbaiki Imej
Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya.Kalau selama ini jarang mengenakan tali leher, kenakan tali leher, tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen mahal dan berjenama di poket. Ubah gaya jalan anda, sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.
Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat dan diam tatkala orang bercakap hal-hal yang sensitif seperti politik dan lain-lain.

Kedua: Lakukan senaman ringan

Tubuh yang lemah, lembek dan lembab boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman berat kerana itu akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat. Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Bermain game komputer mungkin salah satu caranya tetapi untuk lebih santai juga senamkan minda dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta’akulan.

Ketiga: Senyum 
Senyum seindah suria yang membawa cahaya....Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain anda akan mendapat balasan yang serupa atau yang lebih teruk. Dosa dibalas dengan neraka, kebaikan dibalas dengan Syurga. Tidakkah itu adil? Jadi untuk meningkatkan motivasi diri senyummmmm selalu...cuba lihat cermin ketika anda senyum tentu anda berkata dalam hati wahhhh hensem @ cantik juga muka aku nie... heheh betul tak .. 

Keempat: Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus Alpha iaitu arus kecemerlangan untuk menbina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insya-ALLAH rezeki pun akan meluas.Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif itu, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar kita terhadap TUHAN.
Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan


Kelima: Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing, marah-marah mahupun pengur kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah seenaknya dan jika perlu tidur.Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, berasaskan berkualiti atau tidaknya seseorang ayam itu, demikianlah hal-hal yang berkaitan dengan manusia, termasuklah tidur. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.Justeru untuk membina motivasi diri tentu anda mempunyai jadual tidur yang konsisten. Hal ini tidak semestinya anda tidur sehingga melebihi 8-10 jam kerana tidur yang berlebihan boleh menyebabkan badan anda lesu. Jadi tidurlah antara 6-7 jam yang berkualiti. Sedikit tambahan sebelum tidur pastikan anda berniat untuk jadi orang yang cerdas dan cemerlang...kata-kata yang ada bisikan pada diri sendiri itu bakal menjadi realiti betul? kalau tak percaya kena la cuba... cukup untuk 5 tips yang pertama cikgu akan sambung tips berikutnya pada masa akan datang..Insya Allah.. renung-renung & fikir-fikirkan selamat beramal



No comments

Powered by Blogger.