Road to MAHA dedah potensi kerjaya bidang pertanian

BERA - Penganjuran Road to MAHA selama empat hari di Dataran Kerayong di sini sejak 28 November lalu hingga semalam diharap menjadi titik mula untuk orang ramai terlibat aktif dalam sektor pertanian negara.
Ketua Urus Setia Program yang juga Setiausaha Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bera, Ismail Bakar berkata, penganjuran tersebut wajar disusuli dengan kesungguhan orang ramai untuk bergiat aktif dalam sektor itu.
"Menerusi penganjuran ini, orang ramai diberi pendedahan mengenai potensi dan peluang yang terbuka luas dalam sektor pertanian.
"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi- agensinya sentiasa komited membantu masyarakat menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang berpotensi.
"Peluang-peluang yang disediakan wajar diambil segera dan orang ramai," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2mHMW9MKH 
Hakcipta terpelihara 

No comments

Powered by Blogger.