Temuduga Pegawai Belia dan Sukan 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah umumkan senarai calon yang akan menduduki Exam Pegawai Belia Dan Sukan S41 pada 8 Februari 2014.  mereka yang pernah memohon jawatan tersebut boleh menyemak permohonan sama ada berjaya atau tidak di portal SPA

SEMAK DISINI

Skema Peperiksaan Exam Pegawai Belia Dan Sukan S41

Peperiksaan (Exam Pegawai Belia Dan Sukan S41) ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41. Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

1. Ujian ini mengandungi satu bahagian iaitu:

Bahagian I – Kecenderungan:

i) Seksyen A (Pengetahuan Am)

ii) Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

iii) Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)

iv) Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa: 40 Minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang hal ehwal politik dan kepimpinan, tatanegara dan dasar-dasar awam, sukan, rekreasi dan belia, , pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, agama dan moral serta isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan.

CONTOH SOALAN

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

CONTOH SOALAN

SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

CONTOH SOALAN

SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

CONTOH SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini. Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Bahagian I)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak
boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu. Jawapan yang dikehendaki bukan Apabila membaca dan mengkaji
kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 adalah lebih baik.

Contoh soalan Exam Pegawai Belia Dan Sukan S41


Kredit pada blog http://www.informasikerjaya.com

No comments

Powered by Blogger.